Perihelion Komet Hale–Bopp

Evolusi komet yang diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble ketika ia menghampiri perihelion.

Hale–Bopp menjadi boleh dilihat pada mata kasar pada Mei 1996 dan walaupun kadar kecerahannya berkurangan dengan ketara pada separuh akhir tahun itu,[15] ahli sains masih optimistik bahawa ia akan menjadi sangat terang. Ia juga sejajar terlalu rapat dengan Matahari untuk diperhatikan pada Disember 1996, tetapi apabila ia muncul semula pada Januari 1997, ia telah pun cerah secukupnya untuk dilihat oleh sesiapa walaupun dari bandar besar dengan langit yang dicemari cahaya.[16]

Internet menjadi satu fenomena yang berkembang pada ketika itu dan pelbagai laman sesawang yang menjejak kemajuan komet dan menyediakan imej harian dari serata dunia menjadi sangat terkenal. Internet memainkan peranan yang besar dalam menggalakkan minat orang awam terhadap komet Hale–Bopp di mana keadaan ini belum pernah jadi sebelumnya.[17]

Apabila komet menghampiri Matahari, ia terus menjadi terang, bersinar dalam magnitud kedua pada bulan Februari dan menunjukkan pasangan ekor yang berkembang; ekor gas biru menunjuk terus dari Matahari dan ekor debu kekuningan melengkung jauh di sepanjang orbitnya. Pada 9 Mac, gerhana bulan berlaku di China, Mongolia dan timur Siberia membenarkan pemerhati di situ untuk melihat komet pada waktu siang.[18] Hale–Bopp berada paling dekat dengan Bumi pada 22 Mac 1997 dengan jarak 1.315 AU.[19]

Setelah melepasi perihelion pada 1 April 1997, komet itu berkembang menjadi pemandangan yang menakjubkan. Ia menyinar lebih terang berbanding mana-mana bintang kecuali Sirius dan ekor debunya menjangkau 40–45 darjah merentasi langit.[20][21] Komet itu boleh dilihat dengan jelas sebelum langit menjadi semakin gelap setiap malam dan ketika banyak komet besar berhampiran Matahari ketika melewati perihelion, komet Hale–Bopp boleh dilihat sepanjang malam oleh para pemerhati di hemisfera utara.[22]

Rujukan

WikiPedia: Komet Hale–Bopp http://www.cometography.com/lcomets/1995o1.html http://science.nationalgeographic.com/science/spac... http://www.nature.com/nature/journal/v380/n6570/ab... http://one.revver.com/watch/90657/flv/affiliate/14... http://www.sciam.com/article.cfm?id=the-trail-of-h... http://www.shadowandsubstance.com/Past%20graphics/... http://www.springerlink.com/content/h72381014307x6... http://www.springerlink.com/content/pr2756540kx944... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9...